bila da sampai umah ni, benda pertama yang aku nak terkam kompem la makanan kan
sebab aku xpuasa.bila kat uia kene buat2 macam orang puasa.kat umah kau xpayah la nak berlakon.rembat je makanan depan mata.aku makan sehabis puas sampai tergelak besar kat umah
hari ni pulak kene gantung langsir.oleh kerana aku perempuan paling tinggi dalam umah ni, so jadi mangsa kekejaman amah dengan gantung sume langsir.cuci tingkap pon amah ni buat tau
lap tingkap gantung langsir diselang-seli kan dengan sirap ais.perghh sedap gile.pastuh makan mcD depan akak aku sampai die nak mencarut tgk aku makan depan die
haha lex2.seb bek iman kau kuat kak chik oi
bila berbuka buat2 la terkam makanan macam orang puasa sampai mak aku pelik tengok aku khusyuk makan padahal siang lagi da makan
esok xtahu nak rembat makan apa lagi.xpe aku ada teman iaitu bff dadam.kita nantikan
*aku da jumpa selendang raya.yes. 8 inggit je.memang berbaloi
Sunday, September 13, 2009
hobi makanan
Posted by maim0k at 8:02 AM 0 comments
Saturday, September 12, 2009
semalam memang aku bernasib baik
haa oleh kerana semalam adalah hari jumaat maka aku xnak la cakap hari tu hari xbaik.tapi jumaat semalam adalah hari malang dalam hidup aku
dah la seminggu aku tido xberapa cukup dengan assignment yang macam hantu banyak dia
pastuh terkejar-kejar nak siapkan board redo ngan drawing untuk crit
bila da settle sume benda tuh tibalah saat yang dinantikan semua orang iaitu balik beraya.yahoo
tapi yahoo ni serius xikhlas sebab banyak keje kene buat kat umah
okey2 cerita hari jumaat aku bermula dengan mata lebam pergi studio sebab nak consult
da consult-consult, floor plan pon aku xsure lagi macam mane.ingatkan bila budak laki pergi semayang jumaat boleh la aku chow balek bilik terus xdatang2 studio.tapi rancangan tak menjadi
balek bilik yang macam sarang monyet pukul 4 then pengsan sejam je xbangun2.tiket aku pukul 9 malm so sempat lagi la kan nak tido dulu
aku sedar2 dah pukul 5.30.syaitan baju kat ampaian xamik lagi.beg xkemas lagi.
bila nak pergi tunggu bas, aku nampak dari jauh bas da berenti kat bus stop
penat aku melambai2 terjerit2 macam orang mati laki kat pak cik bas tapi die xprasan
then aku gagahkan diri konon2 nak tunggu bas tuh kat safiyyah le sebab aku dok asma so lame lagi kan bas nak pusing uia
da lari2 ngan barang macam setahun nak balek umah aku tgk bus da sampai pak gad depan.
ini memang celaka.pastuh nampak plak bas baru masuk.lagi celaka sebab aku da penat2 pergi safiyyah.kalau aku tahu sumpah aku xtunggu kat situ
naik bas driver gatal miang tersengih tanya aku nak balik kampung ke nak pergi haji.mulut kau memang puaka.aku da lah berpeluh2.penat.xpuasa pon macam orang puasa sebab aku xmakan pape dari malam semalam tuh
da naik tren plak aku tgk brooch kesayangan aku hilang.setannnnn.pastuh pergi berlari umah kawan akak aku amek tiket sampai kaki terpelecok
da sampai pudu nak cari platform bas xjumpa.berpeluh dengan lebat macam mandi sungai aku cari2 bas.tanya kat counter ticket die pergi tunjuk tangan die kat tempat lain padahal bas kat tempat lain.naik bas tengok seat banyak dah penuh.sampai la melaka penat xhilang sampai kat umah aku tido mengigau2 then tersedar bila yaya tonggek gelakkan aku
tapi aku puas dapat balik rumah!
nak raya.yes
Posted by maim0k at 9:57 AM 5 comments
Monday, August 31, 2009
fei mau
sekarang da pukul 6.42 pagi
tapi aku xtido lagi sebab kene siapkan assignment bcm!
aku benci bila buat benda redo2 ni.cukuplah dulu masa bcm 1 group aku kene redo 3 kali
tahu2 la kan lecturer kesayangan ramai tu yang suruh.hoho
neway bulan puasa ni aku ingat boleh kurus, tapi salah
lagi gemok makin banyak adela.balik rumah sume cakap aku da gemuk.balik uia pon orang cakap aku da gemok.bila timbang berat pon memang sah aku da gemok!sob3.memang aku kene berdiet.tapi mungkin xberjaya
itu sahaja setakat ni.malas update panjang.nak tido
Posted by maim0k at 3:35 PM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
selamat pulang ke pangkal jalan
yihh..aku bersemangat nak update blog hari ni.yela sebelum ni aku xtahu nak update apa.xde cite best pon dulu.tapi sekarang lepas balik trip banyak pulak kat kepala aku nak menaip
sekarang ni memang busy sampai nak terlangkup sikit kepala aku
bermula dengan kaed fest live band.then g trip kat penang.and 1st crit isnin depan
aku g penang hari jumaat.madness amat bila pukul 5.30 pagi hari selasa baru sampai kl central
actually aku xpernah g penang before ni.ni la peluang nye nak tengok penang.
kau bayangkan pergi trip seramai 49 orang dengan budak studio.pergi survive sendiri.cari hotel sendiri.cari makan sendiri.lecturer xinvolve sangat.tahniah la kepada budak2 studio yg arrangekan trip ni.memang berbaloi walaupun kene bayar extra 30 inggit
aku rasa trip ni sangat best sebab:
:aku dapat tido dengan cukup sebab boleh bangun pukul 9 pagi
:pergi membeli-belah dekat shopping mall(queens bay,perangin mall,pacific,komtar)walaupun komtar banyak orang pelik,bau hancing yang kuat kalah bau kopi
:dapat berdikari pulang ke hotel dengan selamatnya setelah sesat malam2 lepas pergi perangin mall(bo jadi mak kami).aku berjaya gak mengepit bag kat ketiak sebab takut peragut
:dapat mandi kat monkey beach sampai itam dan naik jet ski sampai terjerit2 ngan yaya gendut
:berjaya mematahkan beberapa kerat kerusi boat ke monkey beach
:dapat tido gaban kat stesen ktm bila tren pukul 7 pagi terlepas dan ronda penang lagi sementara nak tunggu tren pukul 9 malam
:berjaya mengempiskan perut sebab cirit-birit
:dapat amek gmbar ngan naga comel kat padang kota
itu saja.aku xbanyak amek gmbar pakai kamera sendiri.banyak kat kamera orang lain.lepas sampai uia lebih kurang pukul 7 pagi, aku tido macam orang xingat dunia sampai pukul 3 petang.sume kelas aku ponteng dengan sengaja
minggu ni kena concentrate kat studio and live band pula
babai
Posted by maim0k at 9:35 PM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
kak nab punya cerita(aku mabuk nak bagi title ape)
cik paem ecah micha.banyaknye nama kau
itu cerita pertama.2nd story plak aku balik rumah ni sebab nak tempah baju raya.kalau hantar lambat2 nnti tailor xnak amek.nnti si amoi tu xnak amek,ha kat mane nyah aku nak hantar.org lain mesti xnak ameknye.macam2 hal aku gi cari kain kat nagoya.lining xsama kain la.lining tebal sangat la.last2 kene beli 2 kali.membazir je kan.amalan syaiton kan itu.ngee~.yes aku happy juga sebab cuti raya 2 minggu.berbaloi sangat nak compare ngn budak uitm yg cuti seminggu starting last day sebab h1n1.tapi dorang cuti raye seminggu je.auuww
lastly.hari ni aku kene jadi tukang pujuk yang paling handal kat dunia.tolong aku weh!aku xpandai pujuk2 ni.nak guna secret weapon nnti aku yang geli.bia org lain yang guna secret weapon tu kat aku,tapi bukan aku yang guna.somebody call 911.hee jgn gedik yaya.aku xpernah tgk ada orang jeles kat aku sampai macam tu sekali.terasa disayangi walaupun penat nak memujuk ^-^.ok jangan geli dengan aku.
da la.aku malas nak taip panjang2.bosan pulak.sekian saja dari saya
#hepi becoming bufday to yaya cecep.kau jangan jadi cecep sebab umo kau da 20 skang.jgn takot2 makan makaroni.aku wish awal2 sebab lepas ni lambat lagi aku update blog.yihh
Posted by maim0k at 7:40 AM 2 comments
Tuesday, July 14, 2009
bercampur-baur
lambat plak aku update blog sekarang ni
sebab kat rumah aku menghadap makanan je
macam biasa la kan.hobi kat rumah menternak badan sampai kembang macam fei mau tercungap.kat kepala aku ada banyak benda nak taip,tapi malas plak aku nak taip panjang2
bukan orang baca sangat pon
neway sem baru da start.lupakan semua sengsara multidip.and it is the starting of sengsara studio.haha.dan aku sangat teruja sebab result multidip dapat b+.hoho aku bayangkan dapat rendah dari tu.kepada budak2 aqal, lepas ni kalau jumpe tepi jalan jgn sombong2 ngan aku.aku nak sombong xpe sebab aku xsuka pakai spec bila xde kelas.so aku nampak orang yang jalan sebelah aku macam kicikkk sangat dan sangat bluurr.lepas ne aku akan mantapkan skill main uno
so sem baru ne aku pun ada banyak azam baru memandangkan kelas sangat padat dari pagi sampai petang
aku azam nak datang studio awal.kalau boleh jadi orang first datang studio.and kalau boleh time kelas jugak.walaupun aku rasa mustahil nak jadi org first,tapi biarlah kan.azam je pon.haha
and not forgotten
happy birthday to lisot beyonce.semoga jodoh kau berkekalan dengan lan dan dapat kahwin ngan dia time umo kau 27.ok yang?
Posted by maim0k at 12:08 AM 4 comments
Wednesday, July 1, 2009
aku mahu optimus prime sebagai pengganti
siapa optimus prime di hati anda?adakah wira penyelamat anda?atau sekadar robot yang boleh bertukar menjadi kenderaan?
atau barang untuk dirogol?ini farah yang teringin nak buat
aku nak optimus prime jadi penyelamat aku.kenapa?xde kaitan pon sebenarnya.aku saja merepek
sekarang aku masih lagi fobia.tangan aku menggigil lagi macam orang parkinson.
ini semua gara-gara kereta.kenapa lately ne aku asyik post pasal kereta?abaikan
semalam aku dengan berani dan gagahnya mengoffer diri untuk hantar akak aku pergi melaka central.ok memang dekat sangat mc tuh dengan rumah aku.sebab aku fikir dekat la so aku berani drive manual.kat rumah aku ada kereta manual je.xde pilihan lain
tengah sy0k drive syok mangkuk jamban.kereta tuh mati enjin kat tengah2 jalan.and aku telah block 2 simpang.demmit!akak aku suruh cool.start enjin.and selesai masalah.selamat sampai ke mc
malam ni plak akak aku kol.suruh amek dia kat mc.sebab semalam dia g kolumpo
aku sekali lagi dengan gagah nye mengdrive kereta sambil ditemani mak aku
and aku lupa.kereta tu terletak kat car park seharian tanpa digunakan
bila aku start enjin,terus jalan.haha lupa nak panaskan enjin.
dan seperti biasa.lepas traffic light.kali ni kat jalan besar nak g highway
tetiba kereta aku xleh gerak!bukan mati enjin
tapi sebab gelabah aku gi tekan klac ngan brek.mmg la xjln kan
then aku prasan aku silap tekan.pastu tekan la klac ngan minyak
hantu.kereta gerak macam kura2.aku da gelabah sampai darah naik ke muka
lalu memberi signal emergency.xpasal2.haha terus aku park kat tepi jalan
semua kereta tengah pandang2 aku.lagi la aku panik.tapi cuba buat muka cool.mak aku lagi la xtawu pasal kereta ne
aku terasa nak terjun keluar dari kereta buat gaya megan fox sambil tahan kereta lain
tapi seb bek suma settle.
tapi di mana kau optimus prime saat2 awek kau kesusahan?gelak setan
Posted by maim0k at 7:35 AM 5 comments



