CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 13, 2009

hobi makanan

bila da sampai umah ni, benda pertama yang aku nak terkam kompem la makanan kan
sebab aku xpuasa.bila kat uia kene buat2 macam orang puasa.kat umah kau xpayah la nak berlakon.rembat je makanan depan mata.aku makan sehabis puas sampai tergelak besar kat umah
hari ni pulak kene gantung langsir.oleh kerana aku perempuan paling tinggi dalam umah ni, so jadi mangsa kekejaman amah dengan gantung sume langsir.cuci tingkap pon amah ni buat tau
lap tingkap gantung langsir diselang-seli kan dengan sirap ais.perghh sedap gile.pastuh makan mcD depan akak aku sampai die nak mencarut tgk aku makan depan die
haha lex2.seb bek iman kau kuat kak chik oi
bila berbuka buat2 la terkam makanan macam orang puasa sampai mak aku pelik tengok aku khusyuk makan padahal siang lagi da makan
esok xtahu nak rembat makan apa lagi.xpe aku ada teman iaitu bff dadam.kita nantikan

*aku da jumpa selendang raya.yes. 8 inggit je.memang berbaloi

Saturday, September 12, 2009

semalam memang aku bernasib baik

haa oleh kerana semalam adalah hari jumaat maka aku xnak la cakap hari tu hari xbaik.tapi jumaat semalam adalah hari malang dalam hidup aku
dah la seminggu aku tido xberapa cukup dengan assignment yang macam hantu banyak dia
pastuh terkejar-kejar nak siapkan board redo ngan drawing untuk crit
bila da settle sume benda tuh tibalah saat yang dinantikan semua orang iaitu balik beraya.yahoo
tapi yahoo ni serius xikhlas sebab banyak keje kene buat kat umah

okey2 cerita hari jumaat aku bermula dengan mata lebam pergi studio sebab nak consult
da consult-consult, floor plan pon aku xsure lagi macam mane.ingatkan bila budak laki pergi semayang jumaat boleh la aku chow balek bilik terus xdatang2 studio.tapi rancangan tak menjadi
balek bilik yang macam sarang monyet pukul 4 then pengsan sejam je xbangun2.tiket aku pukul 9 malm so sempat lagi la kan nak tido dulu
aku sedar2 dah pukul 5.30.syaitan baju kat ampaian xamik lagi.beg xkemas lagi.
bila nak pergi tunggu bas, aku nampak dari jauh bas da berenti kat bus stop
penat aku melambai2 terjerit2 macam orang mati laki kat pak cik bas tapi die xprasan
then aku gagahkan diri konon2 nak tunggu bas tuh kat safiyyah le sebab aku dok asma so lame lagi kan bas nak pusing uia
da lari2 ngan barang macam setahun nak balek umah aku tgk bus da sampai pak gad depan.
ini memang celaka.pastuh nampak plak bas baru masuk.lagi celaka sebab aku da penat2 pergi safiyyah.kalau aku tahu sumpah aku xtunggu kat situ
naik bas driver gatal miang tersengih tanya aku nak balik kampung ke nak pergi haji.mulut kau memang puaka.aku da lah berpeluh2.penat.xpuasa pon macam orang puasa sebab aku xmakan pape dari malam semalam tuh
da naik tren plak aku tgk brooch kesayangan aku hilang.setannnnn.pastuh pergi berlari umah kawan akak aku amek tiket sampai kaki terpelecok
da sampai pudu nak cari platform bas xjumpa.berpeluh dengan lebat macam mandi sungai aku cari2 bas.tanya kat counter ticket die pergi tunjuk tangan die kat tempat lain padahal bas kat tempat lain.naik bas tengok seat banyak dah penuh.sampai la melaka penat xhilang sampai kat umah aku tido mengigau2 then tersedar bila yaya tonggek gelakkan aku
tapi aku puas dapat balik rumah!
nak raya.yes